BANTUAN MYKASIH RM350 OGOS 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKASIH RM350 OGOS 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Penyaluran Bantuan MyKasih yang seterusnya telah dijadualkan pada bulan Ogos ini kepada semua penerima yang layak di setiap negeri. Namun, kaedah dan jumlah bantuan adalah berlainan ditentukan oleh kelayakan setiap individu.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih rm350 Ogos? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN TUNAI STR YANG AKAN DIBERIKAN OGOS INI : CHECK SEKARANG

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKASIH OGOS 2024

Bantuan MyKasih akan disalurkan pada bulan Ogos sperti jadual berikut :

NEGERI PENERIMATARIKH PENYALURAN
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Kelantan, Terengganu,
Perlis, Perak, Pulau Pinang & Kedah
1 Ogos 2024 (Khamis)
Sabah, Sarawak & Labuan12 Ogos 2024 (Isnin)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH OGOS 2024

Bantuan MyKasih pada bulan Ogos akan disalurkan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

BIL.KAEDAH PENYALURANNEGERI PENERIMA
1.Disalurkan berperingkat setiap
bulan secara tanpa tunai
melalui kad pengenalan penerima.
Negeri-negeri
Semenanjung Malaysia
2.Disalurkan ansur dua (2) kali
secara tunai melalui
akaun bank penerima.
Sabah, Sarawak &
Labuan

JUMLAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH OGOS 2024

Jumlah Bantuan MyKasih juga akan disalurkan mengikut negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMAJUMLAH BANTUAN DISALURKAN
Semenanjung MalaysiaRM50
Sabah, Sarawak & LabuanRM300

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM350 2024

Bantuan MyKasih yang berjumlah RM350 adalah terhad kepada kategori berikut :

  • Bujang OKU;
  • Bujang belum berkahwin;
  • Balu (tiada anak);
  • Duda (tiada anak);
  • Janda (tiada anak);

*Nota : Namun dipilih mengikut kelayakan.

SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM350 OGOS 2024

Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan MyKasih bulan Ogos seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di pautan ini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik butang [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan’.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ‘Nombor MyKad*’.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima bulan Ogos akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment