SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Dalam menuju kemajuan teknologi, bantuan khas yang diperkenalkan hanya dengan menggunakan Mykad iaitu bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad penerima dan menggunakannya untuk pembelian di kedai-kedai atau pasaraya seluruh Malaysia dengan hanya membayar menggunakan Mykad sahaja.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1200 mykad? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : CHECK KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 : SEMAK SEKARANG

PROSEDUR MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD 2024

Berikut merupakan prosedur / cara menggunakan bantuan Mykad seperti di bawah :

BIL.PROSEDUR
1.Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini :
SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN MYKAD.
2.Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori
yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga
yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut / rujuk DI SINI.
3.Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran
untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
4.Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan
yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
5.Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk
pengesahan transaksi pembelian.
6.Simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki
dalam MyKad.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Bantuan RM1,200 akan dikreditkan secara ansur setiap bulan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 selama tempoh 12 bulan seperti berikut :

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN 1200 MYKAD
Setiap bulan bermula bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai,
Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa (akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti).

SENARAI PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Bantuan sebanyak RM1,200 adalah khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar. Namun, kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada yang bukan miskin / miskin tegar juga iaitu isi rumah asas, warga emas tiada pasangan dan bujang seperti berikut :

BIL.PENERIMAJUMLAH
BANTUAN
JUMLAH
PENERIMA
1.Miskin TegarRM1,2000.2j
2.MiskinRM1,2000.5j
3.Isi Rumah AsasRM3001.3j
4.Warga Emas dan BujangRM1504.3j

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan bantuan Mykad seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/. Semoga bermanfaat, terima kasih.

11 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG”

  1. 4taon Lepas adik Oku dpt sblm PKP myksih tp skali tu je le..Lepas Tu cek xde dlm senarai da skg..Ibu sy Ibu tunggal x shat pon xde dlm senarai juga..tp tgok org yg shat” pkai kete 2bj dpt pulak..sistem komputer da btul..sistem org atasan tu xbtul asal bole je

    Reply

Leave a Comment