PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS DALAM MYKAD RM300 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS DALAM MYKAD RM300 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Peruntukan bantuan untuk pembelian barang keperluan asas adalah sebanyak RM300 sebulan yang dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet kepada penerima yang layak. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan dan menampung kos perbelanjaan bulanan untuk seisi keluarga yang kurang kemampuan.

Bagaimanakah permohonan bantuan pembelian barang keperluan asas dalam mykad rm300 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200 : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS. Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, terutamanya pasca pandemik ngeri COVID-19, BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300 SEBULAN 2024

Untuk mengemukakan permohonan, pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

MANFAAT BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN

Berikut merupakan manfaat yang dapat daripada bantuan ini :

  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (e-wallet).
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS RM300 SEBULAN

Berikut merupakan cara pembelian keperluan asas dengan menggunakan bantuan RM300 setiap bulan :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di SINI).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN

Sila sertakan dokumen-dokumen seperti di bawah berikut untuk membuat pendaftaran bantuan e-Wallet RM300 BINGKAS :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS DALAM MYKAD RM300 SEBULAN 2024

Ikuti cara permohonan di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari bingkasselangor.com.
  2. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  3. Jika anda mempunyai akaun ‘Selangkah’, masukkan nombor telefon dan kata laluan.
  4. Kemudian, tekan [Log Masuk].
  5. Jika tiada akaun, sila tekan pautan [Daftar Sekarang] dan daftar untuk teruskan.
  6. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  7. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  8. Klik [Sahkan OTP].
  9. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  10. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  11. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  13. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  14. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  15. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  16. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  17. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  18. Tekan butang [Hantar].
  19. ‘Pendaftaran BINGKAS anda berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  20. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS seperti berikut :

4 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS DALAM MYKAD RM300 SEBULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment