CARA MOHON MYKASIH RM1800 TERBARU 2024 : DAFTAR SEKARANG

CARA MOHON MYKASIH RM1800 TERBARU 2024 : DAFTAR SEKARANG

Program bantuan MyKasih telah diperkenalkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang kemampuan tanpa menghirau kaum. Sekiranya rakyat menepati syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan, bantuan akan disalurkan secara automatik.

Bagaimanakah cara mohon mykasih rm1800 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM150 FASA 3 : SEMAK SEKARANG

KADAR AMAUN DISALURKAN MYKASIH TERBARU 2024

Amaun bantuan yang akan disalurkan MyKasih adalah mengikut kategori penerima, iaitu :

KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN
Isi Rumah
(Berpasangan / ibubapa tunggal
mempunyai anak)
RM1,200
Bujang
(Belum berkahwin atau ibubapa
tunggal tiada anak)
RM600

SENARAI NEGERI TERLIBAT PENYALURAN MYKASIH RM1800 TERBARU 2024

Berikut antara negeri-negeri yang terlibat dalam penyaluran bantuan MyKasih yang terbaru :

  1. Selangor;
  2. Kuala Lumpur;
  3. Putrajaya;
  4. Negeri Sembilan;
  5. Melaka;
  6. Pahang;
  7. Terengganu;
  8. Kelantan;
  9. Perak;
  10. Pulau Pinang;
  11. Kedah;
  12. Perlis;
  13. Johor;
  14. Sabah;
  15. Sarawak;
  16. Labuan.

KAEDAH PELAKSANAAN MYKASIH RM1800 TERBARU 2024

Pelaksanaan program MyKasih yang terbaru adalah mengikut negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PELAKSANAAN
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya,
Negeri Sembilan, Melaka, Pahang,
Terengganu, Kelantan, Perak,
Pulau Pinang, Kedah, Perlis & Johor
Dilaksanakan secara
berperingkat melalui pengkreditan
tanpa tunai ke dalam MyKad
setiap bulan untuk
pembelian barang asas.
Sabah, Sarawak & LabuanDilaksanakan secara ansur dua (2)
kali setahun melalui pengkreditan
tunai ke dalam akaun bank.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON MYKASIH TERBARU 2024

Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon MyKasih ialah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA MOHON MYKASIH RM1800 TERBARU 2024

Ikuti cara permohonan bantuan MyKasih yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

*Nota : Setelah permohonan berjaya, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih sebagai penerima berstatus miskin / miskin tegar.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “CARA MOHON MYKASIH RM1800 TERBARU 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment