SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM600 2024 : CHECK NAMA SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM600 2024 : CHECK NAMA SEKARANG

Jika sebelum ini penyaluran bantuan hanya melibatkan isi rumah yang beralamat di negeri-negeri Semenanjung Malaysia, kini isi rumah di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan juga turut menerima bantuan yang terbaru berjumlah sehingga RM600.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan mykad terbaru rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM900 TERBARU : CHECK SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKAD TERBARU RM600 2024

Berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), bantuan yang bernilai RM600 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula pada 12 Ogos 2024 (Isnin) secara berperingkat mengikut kelayakan penerima.

SENARAI PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM600 2024

Hanya kategori penerima yang disenaraikan berikut layak menerima bantuan terbaru bernilai RM600 :

  • Isi rumah berpasangan;
  • Ibu / bapa tunggal;
  • Warga emas berpasangan;
  • Warga emas tiada pasangan.

CARA PENYALURAN BANTUAN TERBARU RM600 2024

Penyaluran bantuan yang terbaru bernilai RM600 bukanlah disalurkan ke dalam MyKad, namun ia disalurkan melalui cara :

  1. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  2. Secara tunai ke dalam akaun bank penerima / pasangan.

KAEDAH PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN TERBARU RM600 2024

Mana-mana penerima yang disahkan akan dimaklumkan mengikut kaedah seperti berikut :

  1. Pesanan SMS :
    • SMS akan dihantar kepada sesetengah penerima mengikut nombor yang didaftarkan; atau
  2. Surat :
    • Surat pemakluman akan dihantar mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  3. Semakan Status :
    • Penerima yang tidak menerima sebarang pemakluman boleh membuat semakan status.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM600 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan terbaru bernilai RM600 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Kemudian, masukkan nombor MyKad tanpa – (contoh : 340130116278).
  3. Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  4. Status penerima terbaru akan dipaparkan.
  5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment