CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG
Bantuan berjumlah sehingga RM900 bagi fasa ketiga adalah dalam proses pengkreditan kepada penerima yang berstatus layak. Namun, bantuan tidak hanya dikreditkan ke dalam Mykad malah ia juga dikreditkan ke dalam akaun bank milik penerima.
Bagaimanakah check status penerima bantuan 900 mykad fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM600 : SEMAK SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKAD FASA 3 2024
Ia adalah merupakan dua (2) gabungan bantuan tambahan kerajaan di bawah peruntukan belanjawan 2024 iaitu yang disalurkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan serdehana sepanjang tahun secara berperingkat mengikut fasa.
JUMLAH & CARA PENERIMAAN BANTUAN 900 MYKAD FASA 3 2024
Setiap penerima akan menerima bantuan fasa 3 mengikut cara dan jumlah yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerimaan Bantuan Fasa 3 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN | CARA PENERIMAAN |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Bergantung bil. anak RM150 – RM650 | Dalam akaun bank / Tunai di BSN. |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Bergantung bil. anak RM150 – RM300 | Dalam akaun bank / Tunai di BSN. |
Warga Emas (Bujang) | RM150 | Dalam akaun bank / Tunai di BSN. |
Bujang | RM100 | Dalam akaun bank / Tunai di BSN. |
- Penerimaan Bantuan Tambahan :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN | CARA PENERIMAAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 / RM600 | MyKad / Akaun Bank |
Warga Emas | RM100 / RM600 | MyKad / Akaun Bank |
Bujang | RM50 / RM300 | MyKad / Akaun Bank |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN 900 MYKAD FASA 3 2024
Bagi fasa ketiga (3) bantuan akan disalurkan kepada penerima seperti tarikh berikut :
- Penyaluran Bantuan Fasa 3 :
PERKARA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah | ** Ogos 2024 |
- Penyaluran Bantuan Tambahan :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia | 01 Ogos 2024 (Khamis) |
Sabah & Sarawak | 12 Ogos 2024 (Isnin) |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD FASA 3 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan fasa tiga (3) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa (-) (contoh : 83XXXXXXXXXX).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR & SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- RUJUKAN STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- RUJUKAN SARA :
- Hotline SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.