PERMOHONAN TERBARU BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR TELAH DI BUKA : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN TERBARU BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR TELAH DI BUKA : DAFTAR SEKARANG

Mengikuti arus pemodenan masa kini, bantuan juga disalurkan secara moden tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet untuk penerima membeli barangan dapur setiap bulan sehingga berjumlah sebanyak RM300 untuk setiap individu.

Bagaimanakah permohonan terbaru bantuan ewallet rm300 setiap bulan untuk beli barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM900 FASA 3 : CHECK STATUS PENERIMA SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN 2024

Bantuan e-Wallet adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan daripada kerajaan negeri yang diperkenalkan untuk membantu isi rumah yang berpendapatan rendah bagi menampung kos perbelanjaan barang dapur sebanyak RM300 setiap bulan.

SENARAI BARANG DAPUR YANG BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN

Hanya barang dapur yang tersenarai di bawah sahaja boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan e-Wallet :

  1. Beras.
  2. Mi dan Bihun.
  3. Roti.
  4. Biskut.
  5. Telur.
  6. Gula dan Garam.
  7. Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
  8. Tepung.
  9. Minyak masak.
  10. Sayuran dan buah-buahan.
  11. Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
  12. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.

*Nota : Namun, sekiranya baki bantuan tidak mengcukupi, penerima perlu membayar secara tunai.

TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR

Setelah permohonan diluluskan, pemohon akan menerima bantuan secara automatik di dalam aplikasi e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan selama tempoh 24 bulan iaitu dua (2) tahun berturut-turut, namun sekiranya bantuan tidak digunakan melebihi tiga (3) bulan ia akan tamat dengan serta merta.

TARIKH PERMOHONAN TERBARU BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN DI BUKA

Berikut merupakan jadual tarikh permohonan yang terbaru bagi Bantuan e-Wallet bagi tahun 2024 :

TARIKHPERMOHONAN
Bermula 5 Julai 2024Dibuka
Sehingga 15 Ogos 2024Ditutup
*Nota : Namun tarikh tutup permohonan adalah tertakluk kepada kouta permohonan.

KELAYAKAN PEMOHON TERBARU BANTUAN EWALLET RM400 SETIAP BULAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan dipertimbangkan oleh kerajaan. Antara syarat-syaratnya ialah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua keluarga / ayah tunggal / ibu tunggal;
  • Mempunyai minimum tanggungan dua (2) orang anak / anak angkat berumur 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

PERMOHONAN TERBARU BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR TELAH DI BUKA

Ikuti cara permohonan yang terbaru Bantuan e-wallet RM300 setiap bulan untuk beli barang dapur seperti berikut :

  1. Sila layari pautan rasmi permohonan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
  3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
  4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
  9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
  10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
  13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan telah berjaya’.
  17. Selesai.

*Nota : Setelah permohonan berjaya, pemohon perlu memuat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan mengaktifkan akaun e-Wallet untuk menerima bantuan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 atau rujuk di sini https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment