BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM600 FASA 3 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM600 FASA 3 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Sasaran kerajaan untuk mengangkat taraf kewangan isi rumah yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup dengan menyalurkan pelbagai bantuan termasuk bantuan MyKasih yang berjumlah sehingga RM600 bagi fasa tiga (3).

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih dalam mykad rm600 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM750 2024 : CHECK SEKARANG

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA 3 2024

Perbelanjaan peruntukan sebelum ini hanyalah sebanyak RM103 juta sahaja, namun kerajaan meningkatkan kadar peruntukan yang baru sebanyak RM700 juta. Ia sekaligus menjadikan peruntukan meningkat sehingga lima (5) kali ganda.

MANFAAT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2024

Antara manfaat yang diperoleh daripada penyaluran bantuan MyKasih dalam MyKad ialah penerima dapat menggunakan bantuan untuk perbelanjaan keperluan asas yang sekaligus dapat membantu menampung kos sara hidup rakyat yang kurang kemampuan.

CARA MENERIMA BANTUAN MYKASIH RM600 FASA 3 2024

Bantuan MyKasih yang disalurkan berjumlah RM600 bagi fasa ketiga (3) bukan hanya disalurkan ke dalam MyKad penerima, malah ia disalurkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan juga ke dalam akaun bank penerima atau pasangan.

TARIKH MENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA 3 2024

Menurut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam MyKad akan bermula pada 1 Ogos 2024 dan bantuan yang disalurkan secara tunai pula akan bermula pada 12 Ogos 2024.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM600 FASA 3 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan MyKasih fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment