BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM600 2024 : CHECK STATUS PENERIMA SEKARANG

BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM600 2024 : CHECK STATUS PENERIMA SEKARANG

Hanya ketua keluarga atau ahli isi rumah yang berdaftar dan tersenarai dalam pengkalan data e-Kasih sahaja akan layak menerima bantuan dalam MyKad dan secara tunai yang terbaru bernilai sebanyak RM600 dijadualkan pada bulan ini.

Bagaimanakah check status bantuan ekasih dalam mykad terbaru rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM600 FASA 3 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2024

E-Kasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang
mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad pula merupakan sebuah program Sumbangan Asas Rahmah yang diperuntukan oleh Kerajaan untuk disalurkan kepada rakyat yang tersenarai di bawah data e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.

JADUAL BAYARAN BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2024

Pembayaran bantuan e-Kasih terbaru untuk setiap negeri adalah pada tarikh yang berlainan seperti jadual berikut :

BIL.SENARAI NEGERI PENERIMATARIKH BAYARAN
1.Kuala Lumpur01/08/2024 (Khamis)
2.Selangor01/08/2024 (Khamis)
3.Negeri Sembilan01/08/2024 (Khamis)
4.Melaka01/08/2024 (Khamis)
5.Johor01/08/2024 (Khamis)
6.Terengganu01/08/2024 (Khamis)
7.Pahang01/08/2024 (Khamis)
8.Kelantan01/08/2024 (Khamis)
9.Kedah01/08/2024 (Khamis)
10.Pulau Pinang01/08/2024 (Khamis)
11.Perak01/08/2024 (Khamis)
12.Perlis01/08/2024 (Khamis)
13.Sabah12/08/2024 (Isnin)
14.Sarawak12/08/2024 (Isnin)

CARA PENYAMPAIAN BANTUAN EKASIH TERBARU RM600 2024

Penyampaian bantuan e-Kasih adalah mengikut negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA PENYAMPAIAN BANTUAN
Semenanjung MalaysiaDiberikan kepada penerima
secara ansur setiap bulan melalui
pengkreditan ke dalam MyKad penerima.
Sabah & SarawakDiberikan dua (2) kali setahun
secara tunai di BSN atau pengkreditan
ke dalam akun bank penerima.

CHECK STATUS BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM600 2024

Ikuti cara check status bantuan e-Kasih dalam MyKad yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-KASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment