CARA KIRA KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM MENGGUNAKAN KALKULATOR GAJI SSPA : PANDUAN LENGKAP DI SINI

CARA KIRA KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM MENGGUNAKAN KALKULATOR GAJI SSPA : PANDUAN LENGKAP DI SINI

Semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke- 19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2024, Perdana Menteri telah mengumumkan perincian mekanisme kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam.

Bagaimanakah cara kira kenaikan gaji penjawat awam menggunakan kalkulator sspa? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH MYKAD TERBARU RM600 : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM SSPA

Pada 7 Julai yang lepas, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi di seluruh negara berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama iaitu pada 2013.

PERATUSAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM SSPA

Pelarasan kenaikan gaji penjawat awam SSPA adalah sebanyak 15 peratus (15%) kepada Kumpulan Pelaksanaan dan Pengurusan Profesional, bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula adalah sebanyak 7 peratus (7%) namun ia dilaksanakan secara berfasa.

TARIKH PELAKSANAAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

Pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam adalah secara berfasa iaitu pada :

KUMPULAN
PENJAWAT AWAM
FASA & TARIKH
PELAKSANAAN
KADAR
KENAIKAN
Pengurusan dan ProfesionalFasa 1 : 1 Disember 2024
Fasa 2 : 1 Januari 2025
Disember : 8%
Januari : 4%
Pengurusan TertinggiFasa 1 : 1 Disember 2024
Fasa 2 : 1 Januari 2025
Disember : 4%
Januari : 3%

SIMULASI JUMLAH KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

Berikut merupakan simulasi jumlah kenaikan gaji penjawat awam mengikut fasa :

JAWATANPENDAPATAN
BULAN
NOVEMBER
2024
(FASA 1)
PENDAPATAN
BULAN
DISEMBER
2024
(FASA 2)
PENDAPATAN
BULAN
JANUARI
2024
Pembantu Hidupan
Liar
(Gred G11)
RM1,795.00RM2,115.00RM2,327.00
Jururawat
(Gred U29)
RM2,457.00RM2,697.00RM2,994.74
Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan
(Gred DG41)
RM3,838.00RM4,085.04RM4,559.24

CARA KIRA KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM MENGGUNAKAN KALKULATOR GAJI SSPA

Ikuti panduan cara kira kenaikan gaji penjawat awam dengan kalkulator SSPA seperti berikut :

  1. Sila layari laman SSPA; atau terus klik pada pautan ini : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php.
  2. Anda akan dibawa ke halaman ‘Kalkulator SSPA’.
  3. Masukkan gaji hakiki anda pada bulan November 2024 (contoh : 1200.55).
  4. Kemudian, sila pilih Kumpulan Perkhidmatan anda.
  5. Pilih pula ‘Gred Jawatan’ yang anda berkhidmat.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Kira] di bawah.
  7. Jumlah pengiraan gaji yang anda akan peroleh pada bulan Disember dan Januari akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SSPA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan maklumat di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SSPA : 03 8000 8000

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.jpa.gov.my/.

Leave a Comment