BANTUAN DALAM MYKAD RM600 FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

BANTUAN DALAM MYKAD RM600 FASA 3 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Elaun bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima adalah secara berperingkat mengikut fasa setiap bulan dan kini adalah fasa ketiga (3) di pertengahan tahun 2024 untuk manfaat hampir 800,000 ribu rakyat yang berpendapatan rendah di Malaysia.

Bagaimanakah check status bantuan dalam mykad rm600 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM700 FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 2024

Kerajaan telah menetapkan kaedah pelaksanaan untuk setiap negeri adalah berbeza iaitu bagi penerima di negeri-negeri Semenanjung akan dilaksanakan secara tanpa tunai ke dalam MyKad dan bagi penerima di Sabah dan Sarawak pula dilaksanakan secara tunai ke dalam bank.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN DALAM MYKAD FASA 3 2024

Begitu juga tarikh untuk pelaksanaan bagi fasa ketiga (3) adalah berbeza di setiap negeri penerima. Tarikh pelaksanaan fasa tiga (3) di Semenanjung Malaysia adalah bermula pada 1 Ogos 2024 (Khamis) dan di Sabah Sarawak pula adalah bermula pada 12 Ogos 2024 (Isnin).

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD RM600 2024

Hanya penerima di Semenanjung boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk :

  1. Pembelian barangan keperluan asas dapur;
  2. Pembelian peralatan persekolahan anak; dan
  3. Pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan mandian.

CARA PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN RM600 FASA 3 2024

Pemakluman kepada penerima bantuan bagi fasa ketiga (3) adalah melalui tiga (3) cara, iaitu :

  1. Surat pemakluman akan dihantar kepada penerima mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  2. Kiriman pesanan ringkas SMS akan dihantar kepada penerima mengikut nombor yang didaftarkan; atau
  3. Sekiranya tidak menerima sebarang surat atau SMS, penerima perlu ‘Check Status‘ di portal rasmi.

CHECK STATUS BANTUAN DALAM MYKAD RM600 FASA 3 2024

Ikuti cara check status bantuan dalam MyKad RM600 fasa ketiga (3) di portal rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi Check Statushttps://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman ‘Check Status’ rasmi.
  3. Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  4. Kemudian, isikan ruangan tersebut dengan nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  6. Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment