BANTUAN MYKASIH RM150 FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG
Penerima program Bantuan MyKasih bagi fasa ketiga (3) yang melepasi tapisan adalah seramai lebih 0.7 juta rakyat Malaysia yang merangkumi golongan isi rumah dan juga golongan bujang tanpa mengira had umur penerima.
Bagaimanakah semakan bantuan mykasih rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD RM600 FASA 3 : CHECK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKASIH 2024
Bantuan MyKasih adalah merupakan program bantuan yang awalnya diperkenalkan oleh NGO tempat iaitu Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean untuk membantu golongan Miskin memenuhi keperluan asas.
BILAKAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH FASA 3 2024
Penyaluran bantuan MyKasih telah selesai disalurkan kepada penerima bagi fasa satu (1) dan kedua (2). Kini telah memasuki fasa ketiga (3) bagi tahun ini yang bermula pada tarikh 1 Ogos 2024 (Khamis) dan 1 September 2024 (Ahad).
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN MYKASIH DISALURKAN FASA 3 2024
Jumlah bantuan MyKasih fasa tiga (3) disalurkan adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Berpasangan : RM100.
- Isi Rumah Tunggal : RM100.
- Kategori Bujang :
- Bujang Belia : RM50.
- Bujang Warga Emas : RM100.
BAGAIMANAKAH CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH FASA 3 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan kad pengenalan penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 melalui kad pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM150 FASA 3 2024
Ikuti cara semakan bantuan MyKasih bagi fasa ketiga (3) di portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Tiada kerja.umor 74.thaun.