CHECK BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Peningkatan jumlah penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa ketiga (3) dijangka akan bertambah oleh kerana permohonan yang dibuka sepanjang tahun ini membolehkan rakyat yang memerlukan dapat turut menerima manfaat bantuan STR.
Bagaimanakah check bantuan tunai str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN STR RM900 TERBARU : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Setiap penerima akan menerima jumlah bantuan tunai STR yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 |
---|---|
Umur 21 hingga 59 tahun | RM100 |
Umur 60 tahun ke atas | RM150 |
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada anak : RM150 1 hingga 2 anak : RM300 3 hingga 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM150 1 hingga 2 anak : RM200 3 hingga 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
CARA PENERIMAAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Penerimaan bantuan tunai STR fasa tiga (3) adalah melalui dua (2) cara, iaitu :
BIL. | JENIS PENERIMA | CARA PENERIMAAN |
---|---|---|
1. | Ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut akaun yang didaftarkan |
2. | Tiada akaun bank | Diberikan secara tunai kepada penerima di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Pembayaran bantuan tunai STR fasa ketiga (3) adalah secara berperingkat bermula pada tarikh :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Bayaran Bantuan Tunai STR Fasa 3 | ** Ogos 2024 |
CHECK BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Ikuti cara check status bantuan tunai STR Fasa tiga (3) di portal rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR di atas.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘Nombor MyKad’ tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.