PERMOHONAN GURU MARA 2024 : IKLAN & JAWATAN KOSONG TERKINI

PERMOHONAN GURU MARA 2024 : IKLAN & JAWATAN KOSONG TERKINI

Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini mempelawa warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Bagaimanakah cara mohon jawatan guru mara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM700 FASA 3 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

MAKLUMAT JAWATAN MARA

Berikut merupakan maklumat jawatan yang ditawarkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) :

PERKARAMAKLUMAT
JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred JawatanDG41
Taraf JawatanKontrak
Gaji MinimumRM2,188.00
Gaji MaksimumRM9,552.00
PenempatanInstitusi-institusi Pendidikan MARA
di seluruh Malaysia
*Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

TARIKH TUTUP PERMOHOHAN JAWATAN MARA 2024

Pemohon yang berkelayakan digalakkan untuk memohon sebelum tarikh tutup, iaitu pada :

TARIKU TUTUP PERMOHONAN MARA
23 Ogos 2024 (Jumaat)

BIDANG / SUBJEK GURU MARA

Antara bidang / subjek yang ditawarkan untuk perkhidmatan guru MARA adalah :

  • Bahasa Inggeris;
  • Bahasa Melayu;
  • Bimbingan dan Kaunseling;
  • Biologi;
  • Fizik;
  • Geografi;
  • Herba dan Hasilan Semula Jadi;
  • Keusahawanan;
  • Kimia;
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Kejuruteraan Mekanikal;
  • Kewangan dan Perbankan Islam;
  • Matematik;
  • Media;
  • Pendidikan Islam;
  • Pendidikan Islam (Tahfiz);
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan;
  • Pengajian Malaysia;
  • Pengurusan Perniagaan;
  • Perakuanan;
  • Psikologi;
  • Reka Bentuk dan Teknologi;
  • Reka Bentuk Grafik;
  • Sains Kejuruteraan;
  • Sains Komputer;
  • Sejarah;
  • Seni Reka.

SYARAT LANTIKAN GURU MARA

Syarat-syarat lantikan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon); dan
  • Pemohon adalah bebas daripada tindakan displin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

KELAYAKAN LANTIKAN GRED GD41 SECARA KONTRAK

Berikut merupakan syarat kelayakan lantikan Gred GD41 secara kontrak :

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM2,188.00); atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM2,188.00); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM2,391.94); atau
  • Rujuk kelayakan lantikan yang lainan di pautan ini : https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan.pdf.

PERMOHONAN GURU MARA

Ikuti cara permohonan jawatan Guru Mara Gred GD41 di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MARA di pautan ini : https://apps.mara.gov.my/vacancy/.
  2. Kemudian, klik pada butang [Permohonan Baru].
  3. Baca dengan teliti syarat serta peringatan MARA terlebih dahulu.
  4. Isikan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan (Contoh : No. KP = 801111-12-1234 diisi 801111121234).
  5. Seterusnya, klik butang [Mohon].
  6. Pilih jawatan-jawatan yang ingin dimohon.
  7. Kemudian, isikan segala maklumat peribadi yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  8. Maklumat akademik perlu diisi dengan lengkap dan betul.
  9. Sekiranya mempunyai pengalaman bekerja, perlu diisikan dengan tepat.
  10. Pastikan segala maklumat diisi dengan betul.
  11. Kemudian, klik butang [Hantar] di bawah.
  12. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  13. Sila klik butang [Cetak] untuk mengcetak borang permohonan yang lengkap diisi.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan jawatan di atas, sila hubungi pihak berwajib di talian : 03-2613 2000 samb :34425, 34742, 34431.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan.pdf.

Leave a Comment