CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM350 FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG
Sebagai pendekatan untuk membantu rakyat dalam menghadapi isu kos sara hidup, kerajaan mewujudkan bantuan MySara yang disalurkan sepanjang tahun secara berfasa dengan peruntukan lebih RM700 juta pada tahun ini untuk semua golongan.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan mysara rm350 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN GURU MARA 2024 : IKLAN & JAWATAN KOSONG TERKINI
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA RM350 FASA 3 2024
Bantuan MySara bagi fasa ketiga (3) yang berjumlah RM350 adalah terhad kepada kategori berikut :
- Bujang OKU;
- Bujang belum berkahwin;
- Balu tiada anak;
- Janda tiada anak;
- Duda tiada anak.
LANGKAH PENERIMAAN BANTUAN MYSARA RM350 FASA 3 2024
Langkah-langkah penerimaan bantuan MySara adalah berbeza untuk setiap negeri seperti berikut :
- Penerima di negeri Semenanjung Malaysia :
- Permohonan dihantar dan didaftarkan.
- Disahkan lulus oleh MySara.
- MySara akan memaklumkan pengesahan penerima bantuan.
- Akaun akan dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan.
- Bantuan akan dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan.
- Penerima boleh menggunakannya untuk membeli barang keperluan setiap bulan.
- Penerima di negeri Sabah dan Sarawak :
- Permohonan dihantar dan didaftarkan.
- Disahkah lulus oleh MySara.
- Notis pemakluman pengesahan penerima bantuan.
- Bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYSARA RM350 FASA 3 2024
Penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan MySara secara berperingkat untuk fasa ketiga (3) bermula pada tarikh berikut :
- Semenanjung Malaysia :
TARIKH PENERIMAAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
01/08/2024 (Khamis) | RM50 Setiap bulan |
- Sabah dan Sarawak :
TARIKH PENERIMAAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
12/08/2024 (Isnin) | RM300 |
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM350 FASA 3 2024
Ikuti cara check nama penerima bantuan MySara fasa ketiga (3) seperti berikut :
- Sila layari Laman Rasmi MySara Di Sini.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Kemudian, anda akan dipaparkan bahagian ‘Semakan’.
- Isikan nombor kad pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Seterusnya, klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.