CHECK BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Mungkin dengan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja tidak mengcukupi bagi penerima yang berpendapatan rendah. Oleh itu, kerajaan menambah peruntukan bantuan tambahan STR disalurkan selari dengan fasa tiga (3).

Bagaimanakah check bantuan tambahan str rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 : CHECK STATUS SEKARANG

OBJEKTIF BANTUAN TAMBAHAN STR 2024

Objektif utama bantuan tambahan STR diberikan adalah untuk membantu meningkatkan kadar kewangan golongan yang berpendapatan rendah serta bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini.

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Peruntukan bantuan tambahan STR adalah daripada hasil penjimatan penyasaran semula subsidi oleh kerajaan dan kadar yang diperuntukan untuk keseluruhan penerima adalah sebanyak lebih RM700 juta untuk sepanjang tahun ini.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan bilangan penerima STR yang berpendapatan rendah dan bilangan penerima yang layak menerima bantuan tambahan :

JENIS BANTUANBILANGAN PENERIMA
Bantuan Tunai STR7.7 juta
Bantuan Tambahan STR0.7 juta
*Nota : Hanya sebilangan penerima STR sahaja yang layak mendapat bantuan tambahan tertakluk kepada kelayakan.

AMAUN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Bantuan tambahan STR akan diberikan mengikut kategori seperti berikut :

  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BANTUAN
Bujang umur 21 hingga 59 tahunRM50
Bujang umur 60 tahun ke atasRM100
  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BANTUAN
Isi rumah berpasanganRM100
Isi rumah tunggalRM100

CHECK BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024

Ikuti cara check status bantuan tambahan STR bagi fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Bantuan Tambahan].
  9. Status bayaran bantuan tambahan akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.

1 thought on “CHECK BANTUAN TAMBAHAN STR RM150 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment