CHECK BANTUAN MYKAD RM700 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Meneruskan lagi kesinambungan inisiatif bantuan dalam MyKad hingga ke fasa tiga (3) tahun ini untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan. Namun penyaluran bantuan kali ini melalui dua kaedah yang berbeza.
Bagaimanakah check bantuan mykad rm700 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS SEKARANG
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM700 FASA 3 2024
Bagi pemegang MyKad yang beralamat di negeri-negeri Semenanjung, bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad secara ansur setiap bulan. Manakala, bagi pemegang MyKad yang beralamat di Sabah dan Sarawak pula akan disalurkan secara tunai dua (2) kali setahun.
AMAUN BANTUAN DISALURKAN MYKAD FASA 3 2024
Berikut merupakan amaun yang disalurkan mengikut pemegang MyKad :
JENIS PENERIMA | AMAUN BANTUAN DISALURKAN | PENYALURAN MELALUI |
---|---|---|
Pemegang MyKad beralamat di Semananjung Malaysia | RM100 | MyKad |
Pemegang MyKad beralamat di Sabah dan Sarawak | RM600 | Bank |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM700 FASA 3 2024
Hanya penerima yang berkelayakan seperti di bawah akan menerima bantuan ini :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Isi rumah berpasangan atau ibubapa tunggal;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori isi rumah; dan
- Tersenarai dalam data e-Kasih sebagai penerima miskin.
CHECK BANTUAN MYKAD RM700 FASA 3 2024
Ikuti cara check status bantuan MyKad bernilai RM700 fasa ketiga seperti berikut :
- Sila layari pautan ‘Check Status’ di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke halaman semakan.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Isikan nombor MyKad anda tanpa – (contoh : 320245115725).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.