CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

Peruntukan untuk Bantuan Asas Rahmah telah dinaikkan sebanyak RM1,200 berbanding tahun yang lepas adalah sejumlah RM600 dan diperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima iaitu seramai 700,000 rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah check senarai nama penerima bantuan asas rahmah rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Bantuan Asas Rahmah atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah merupakan bantuan khas yang disalurkan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat menampung perbelanjaan keperluan asas barang dapur. Bantuan ini disalurkan secara tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan dan boleh dibelanjakan di kedai-kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia dengan pembayaran menggunakan Kad Pengenalan sahaja.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi penerima Bantuan Asas Rahmah yang telah ditetapkan seperti :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 2024

Bantuan Asas Rahmah ini akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan sebanyak RM100 sepanjang 12 bulan bayaran dan dijangka bermula pada bulan Januari 2024 sehingga bayaran akhir pada bulan Disember 2024.

CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH RM1200 2024

Pemohon hendaklah membuat semakan (check) Bantuan Asas Rahmah ini di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/
  2. Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih Bantuan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment