STR FASA 3 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG

STR FASA 3 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG

Kira-kira hampir 9 juta rakyat Malaysia dari kelompok bujang, warga emas dan isi rumah yang berpendapatan rendah dan serdehana bakal menerima manfaat bantuan STR fasa yang ketiga (3) pada bulan Ogos ini selewat-lewatnya pada Sambutan Hari Kemerdekaan.

Bagaimanakah semak tarikh rasmi str fasa 3 bila masuk? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKASIH FASA 3 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

APA ITU STR FASA 3

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan tunai yang disalurkan oleh Kerajaan sepanjang tahun secara berperingkat mengikut empat (4) fasa keseluruhan yang mana fasa satu (1) dan dua (2) telah selesai disalurkan dan kini adalah fasa yang ketiga (3).

BILAKAH TARIKH STR FASA 3 MASUK

Tarikh bayaran bantuan STR bagi fasa ketiga (3) secara rasminya akan dilaksanakan bermula pada 29 Ogos 2024 (sempena Kemerdekaan). Hal ini kerana, tarikh rasmi telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.

BERAPAKAH JUMLAH STR FASA 3 MASUK

Jumlah bantuan STR fasa ketiga (3) adalah ditentukan oleh kelayakan penerima seperti anggaran berikut :

  1. Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Tiada anak : RM150.
    • 1 hingga 2 anak : RM300.
    • 3 hingga 4 anak : RM500.
    • 5 anak ke atas : RM650.
  2. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM150.
    • 1 hingga 2 anak : RM200.
    • 3 hingga 4 anak : RM250.
    • 5 anak ke atas : RM300.
  3. Warga Emas Tiada Pasangan : RM150.
  4. Bujang : RM100.

SEMAKAN STR FASA 3 BILA MASUK

Ikuti cara semakan STR fasa yang ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

2 thoughts on “STR FASA 3 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG”

Leave a Comment