CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024 : SEMAK SEKARANG

Tambahan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan adalah untuk menampung kos perbelanjaan barang dapur isi rumah yang berpendapatan rendah dan serdehana. Kerajaan berharap ia dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan rakyat.

Bagaimanakah check status penerima bantuan ewallet rm300 untuk beli barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 : CHECK SEKARANG

HAD BANTUAN EWALLET UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024

Bermula pada bulan Jun, bantuan tunai yang dikreditkan e-Wallet adalah sebanyak RM300 setiap bulan dan baki yang tidak habis digunakan TIDAK akan dibawa ke bulan seterusnya dan sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan melebihi tiga (3) bulan, bantuan akan terbatal secara automatik.

SENARAI BARANG DAPUR BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN EWALLET RM300

Hanya barang dapur yang tersenarai di bawah boleh dibeli dengan menggunakan bantuan e-Wallet :

  • Beras.
  • Mi dan Bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Sayuran dan buah-buahan.
  • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.

TARIKH DAN TEMPOH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024

Pengkreditan bantuan e-Wallet untuk beli barang dapur adalah seperti jadual berikut :

TARIKH KREDITTEMPOH
PENGKREDITAN
Bermula 5 hingga 15 haribulan
setiap bulan
Selama dua (2) tahun
berturut-turut

CARA BELI BARANG DAPUR DENGAN BANTUAN EWALLET RM300

Hanya penerima yang layak boleh menggunakan bantuan e-Wallet untuk membeli barang dapur seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
  2. Kemudian, penerima haruslah memilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli (mengikut senarai di atas).
  3. Di kaunter bayaran, penerima perlu buka aplikasi e-Wallet Selangkah dan klik pada butang [Pay].
  4. Seterusnya, kod QR akan dipaparkan pada skrin.
  5. Juruwang akan mengimbasnya dan mengesahkan transaksi.
  6. Resit baki bayaran akan diberikan.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024

Ikuti cara check status penerima bantuan e-Wallet RM300 untuk beli barangan dapur seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment