SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM1200 MYKAD MYSARA 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM1200 MYKAD MYSARA 2024 : CHECK SEKARANG

MySARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan yang disalurkan melalui MyKad penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dapur dan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja di kedai-kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm1200 mykad mysara? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN BARANGAN ASAS DAPUR 300 SEBULAN : SEMAK SEKARANG

KELAYAKAN BANTUAN RM1200 MYKAD MYSARA 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan MySARA yang bernilai RM1,200 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN RM1200 MYKAD MYSARA 2024

Bantuan MySARA yang bernilai RM1,200 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar setiap bulan sebanyak RM100 sepanjang tempoh 12 bulan (1 Tahun) bagi tahun 2024 ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM1200 MYKAD MYSARA 2024

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, Bantuan MySARA akan mula diagihkan bermula Januari ini dan setiap bulan sehingga bayaran akhir iaitu pada bulan Disember 2024. Namun tarikh rasmi akan diumumkan nanti.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM1200 MYKAD MYSARA 2024

Bantuan MySARA yang bernilai RM1,200 yang dimasukkan ke dalam MyKad hendaklah disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Kemudian, klik pada BANTUAN MYKASIH [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment