CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 UNTUK PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : SEMAK SEKARANG
Inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat kurang berkemampuan untuk menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi kini, Kerajaan melancarkan bantuan untuk pembelian keperluan asas setiap bulan sebanyak RM300. Dengan adanya bantuan ini, dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan rakyat.
Bagaimanakah check kelayakan penerima bantuan mykad rm300 untuk pembelian keperluan asas? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
PENGENALAN BANTUAN MYKAD RM300 UNTUK PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024
Bantuan RM300 ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau secara ringkasnya ialah BINGKAS. Bantuan ini disalurkan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN UNTUK PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024
Bantuan untuk pembelian keperluan asas sebanyak RM300 akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet dan bukan dikreditkan ke dalam MyKad seperti yang ditularkan.
SENARAI BANTUAN KEPERLUAN ASAS
Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan yang disalurkan ini seperti di bawah :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Ubat-ubatan.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
- Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
- Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
- Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).
CARA PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN BANTUAN RM300
Sekiranya anda telah lulus untuk menerima bantuan ini, sila ikuti cara pembelian seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
- Tekan butang PAY pilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran.
- Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
- Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 UNTUK PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024
Ikuti cara check kelayakan penerima bantuan sebanyak RM300 untuk pembelian keperluan asas seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS; atau klik pada pautan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Kemudian, klik pada [SYARAT PENDAFTARAN].
- Sila baca dengan teliti syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, anda boleh membuat pendaftaran.
- Klik pada [DAFTAR PERMOHONAN].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Seterusnya, [Hantar] permohonan anda.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian BINGKAS : 1800-22-6600
- E-mel : [email protected]
- Website : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bingkasselangor.com/.