SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG
Penambahan peruntukan STR sebanyak 25% adalah sejajar dengan pendekatan Kerajaan Madani iaitu untuk menumpukan sumber kewangan negara kepada rakyat yang memerlukan bantuan terutamanya bagi keluarga berpendapatan B40 dan M40.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 : CHECK STATUS SEKARANG
JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI STR 2024
Setiap fasa pastinya jumlah penerima akan meningkat oleh kerana permohonan yang dibuka dan diluluskan dan pengemaskinian untuk setiap fasa, seperti jadual berikut :
FASA STR | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|---|---|
Pertama | 2.8 juta | 1.0 juta | 1.3 juta | 3.1 juta |
Kedua | 3.0 juta | 0.9 juta | 1.2 juta | 3.3 juta |
Ketiga | 3.0 juta | 1.0 juta | 1.2 juta | 3.3 juta |
Keempat | ** | ** | ** | ** |
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Penerimaan bantuan tunai STR fasa ketiga (3) adalah berlainan tarikh untuk setiap penerima yang sedia ada dan juga penerima baharu seperti jadual berikut :
JENIS PENRIMA | TARIKH PENERIMAAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024 |
Penerima Baharu & Penerima Rayuan | 18 September 2024 hingga 20 September 2024 |
AMAUN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Jumlah amaun bantuan tunai STR fasa ketiga (3) di bawah adalah untuk penerima yang sedia ada :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah B4 | Tiada anak : RM150. 1 – 2 anak : RM300. 3 – 4 anak : RM500. 5 ke atas : RM650. |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM150. 1 – 2 anak : RM200. 3 – 4 anak : RM250. 5 ke atas : RM300. |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM50 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Ikuti cara semakan status penerima bantuan tunai STR fasa ketiga (3) di pautan rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pautan Portal Rasmi STR di atas.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) (contoh : 830230115000).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.