CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG
Lebih 25 peratus (%) kenaikkan peruntukan sumbangan Bantuan Tunai Rahmah pada tahun ini. Ia mencerminkan komitmen kerajaan Madani dalam membantu meringankan cabaran kos sara hidup rakyat terutamanya golongan rentan berpendapatan rendah.
Bagaimanakah check status penerima bantuan tunai rahmah fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM900 : CHECK SEKARANG
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024
Hanya penerima yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut sahaja layak menerima Bantuan Tunai Rahmah bagi fasa 3 :
- ISI RUMAH :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- WARGA EMAS :
- Bujang belum berkahwin; atau
- IbuBapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan; serta
- Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan.
- BUJANG :
- Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
KADAR PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024
Bantuan Tunai Rahmah akan disalurkan mengikut kategori penerima seperti berikut :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | KADAR PENYALURAN BANTUAN |
---|---|---|
1. | Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 hingga RM650 |
2. | Isi Rumah Pendapatan Bawah RM5,00 | RM150 hingga RM300 |
3. | Warga Emas | RM150 |
4. | Bujang | RM50 |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024
Penyaluran Bantuan Tunai Rahmah adalah mengikut jadual seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Penerima Dari Fasa 1 hingga 3 | Bermula 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024 |
Penerima Terbaru Fasa 3 | Bermula 18 September 2024 hingga 20 September 2024 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024
Dua (2) kaedah penyaluran Bantuan Tunai Rahmah bagi fasa 3 :
BIL. | JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|---|
1. | Ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan. |
2. | Tiada akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024
Ikuti cara check status penerima Bantuan Tunai Rahmah fasa 3 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.