CHECK BANTUAN SARA HIDUP RM150 FASA 3 2024 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG
Bantuan demi bantuan diberikan kepada rakyat dari golongan rentan yang berpendapatan rendah bagi meneruskan kelangsungan hidup termasuk Bantuan Sara Hidup yang disalurkan setiap bulan secara berperingkat mengikut fasa dan kini adalah fasa ketiga (3).
Bagaimanakah check bantuan sara hidup rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 TERBARU TELAH DIUMUMKAN : SEMAK KADAR KELAYAKAN SEKARANG
APA ITU BANTUAN SARA HIDUP 2024
Bantuan Sara Hidup adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan oleh Kerajaan hasil daripada penjimatan penyasaran semula subsidi khas untuk disalurkan kepada golongan isi rumah dan bujang berpendapatan rendah bagi menampung kos sara hidup sepanjang tahun.
BILAKAH PENYALURAN BANTUAN SARA HIDUP RM150 FASA 3 2024
Penyaluran Bantuan Sara Hidup adalah secara berperingkat sepanjang tahun dan bagi fasa ketiga (3) disalurkan kepada penerima yang layak bermula pada tarikh 1 Ogos 2024 (Khamis) mengikut kelayakan sehingga ke penghujung bulan Ogos.
BERAPAKAH HAD BANTUAN SARA HIDUP FASA 3 2024
Setiap penerima akan menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM50 dan RM100 setiap fasa dan sekiranya tidak digunakan, bantuan akan dibawa ke bulan seterusnya menjadikan had bantuan bagi fasa ketiga (3) sehingga RM400 dan juga RM800.
BAGAIMANAKAH CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP FASA 3 2024
Bagi penerima yang beralamat di negeri-negeri Semenanjung Malaysia akan mula menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan dan boleh digunakan terus untuk membeli barang keperluan asas di kaunter kedai yang berdaftar.
CHECK BANTUAN SARA HIDUP RM150 FASA 3 2024
Ikuti cara check status Bantuan Sara Hidup fasa ketiga (3) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Check Status Bantuan Sara Hidup.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Check Status’.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Isikan ruangan tersebut dengan nombor kad pengenalan anda tanpa -.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
SayA sekarang berumur 67 tahun
SayA ada seorang ieteri.
Saya sekarang berumur 38 tahun ..
Saya ada 2 org anak perempuan ..
1 – 4 tahun
2 – 2tahun
Saya seorang ibu tunggal ..
saya sekarang berumur 39
Tahun
Bujan