BILAKAH SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

BILAKAH SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Orang ramai pastinya tertunggu-tunggu bila kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai STR fasa ketiga (3) seiring dengan jadual yang dibuat pada bulan Ogos. Namun, kerajaan akan menepati janji dan akan tetap menyalurkan bantuan tunai STR fasa tiga (3) pada bulan Ogos ini.

Bilakah semakan status bantuan tunai str fasa 3 boleh dibuat? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD TERBARU RM700 FASA 3 : CHECK SEKARANG

BILAKAH SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Menurut siaran media Kementerian Kewangan (MOF), bantuan tunai STR akan mula disalurkan kepada penerima sedia ada bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) ini dan orang ramai boleh mula membuat semakan status pada portal rasmi.

Namun, bagi penerima baharu atau penerima yang lulus rayuan pula boleh mula membuat semakan pada tarikh 18 September 2024 (Rabu), oleh kerana bantuan akan dimasukkan pada tarikh tersebut sehingga pada 20 September 2024 (Jumaat).

BILAKAH WAKTU PENYALURAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Waktu penyaluran bantuan tunai STR fasa ketiga (3) adalah berlainan untuk setiap bank seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

*Nota : Kemasukkan bantuan tunai STR fasa 3 adalah bermula 29 Ogos 2024 sehingga 20 September 2024.

BERAPAKAH JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Jumlah penerima bantuah tunai STR fasa ketiga (3) telah bertambah iaitu menjadikan jumlah seramai 8.5 juta yang merangkumi isi rumah berpendapatan rendah seramai 3.0 juta, isi rumah berpendapatan serdehana pula seramai 1.0 juta penerima.

Bagi penerima dari kategori warga emas yang tiada pasangan adalah seramai 1.2 juta dan kategori bujang / balu / janda / duda pula adalah seramai 3.3 juta penerima yang mana ia melibatkan penerima sedia ada dan juga terbaru.

BAGAIMANAKAH SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Bermula pada 29 Ogos 2024 ini, setiap penerima boleh mula membuat semakan status di portal rasmi STR seperti panduan berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment