SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Anggaran jumlah bantuan tunai STR mungkin tidak mencukupi bagi sesetengah penerima yang berpendapatan rendah, oleh itu kerajaan mewujudkan bantuan tambahan untuk penerima STR berjumlah sehingga RM1,200.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tambahan str rm1200 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI STR SECARA ONLINE FASA 3 :  CHECK SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 FASA 3 2024

Bayaran bantuan tambahan STR kepada penerima adalah secara ansur setiap bulan selama tempoh 12 bulan dan bayaran bagi fasa ketiga (3) adalah pada tarikh 1 Ogos 2024 dan 1 September 2024 bagi penerima di Semenanjung dan bagi penerima Sabah dan Sarawak pula bermula pada 12 Ogos 2024.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR FASA 3 2024

Setiap penerima dari negeri Semenanjung akan menerima bayaran bantuan tambahan RM100 setiap bulan dan menjadikan keseluruhan bayaran bagi fasa ketiga adalah sebanyak RM800. Manakala penerima di Sabah dan Sarawak pula menerima bayaran secara ansur dua (2) kali sebanyak RM600.

CARA BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 FASA 3 2024

Pembayaran bantuan tambahan STR bagi fasa ketiga (3) adalah berlainan untuk setiap negeri seperti berikut :

  1. Penerima di Negeri Semenanjung Malaysia :
    • Akan dibayar kepada penerima secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan setiap bulan sebanyak RM100 selama 12 bulan bersamaan RM1,200.
  2. Penerima di Negeri Sabah & Sarawak :
    • Akan dibayar kepada penerima secara tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima sebanyak RM600 dua (2) kali bayaran sebanyak RM1,200.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 FASA 3 2024

Hanya penerima yang berkelayakan seperti berikut akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM1,200 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah dan warga emas;
  • Pendapatan di bawah garis kemiskinan;
  • Berdaftar dan tersenarai di bawah data e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 FASA 3 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan tambahan STR RM1,200 fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MySTR LHNDM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad].
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran tambahan fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.

Leave a Comment