CHECK BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Lebih 8.5 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima Bantuan Tunai MySTR bagi fasa ketiga (3) tahun ini dan setiap penerima akan menerima bantuan tunai secara berperingkat bermula pada tarikh 29 Ogos 2024 (Khamis) mengikut kelayakan.
Bagaimanakah check status bantuan tunai mystr fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BTR HASIL GOV MY SEMAKAN : CHECK BAYARAN FASA 3 SEKARANG
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024
Penerimaan Bantuan Tunai MySTR fasa ketiga (3) adalah mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Penerima sedia ada :
CARA PENERIMAAN | TARIKH |
---|---|
Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 29 Ogos 2024 |
Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima | Bermula 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024 |
- Penerima baharu dan rayuan :
CARA PENERIMAAN | TARIKH |
---|---|
Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 18 September 2024 |
Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima | Bermula 18 September 2024 hingga 20 September 2024 |
WAKTU PENERIMAAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024
Bantuan Tunai MySTR fasa ketiga (3) akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu yang ditetapkan setiap bank seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024
Kadar amaun Bantuan Tunai MySTR fasa ketiga (3) adalah diberikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA | AMAUN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada anak : RM150. 1 – 2 anak : RM350. 3 – 4 anak : RM500. 5 anak ke atas : RM650. |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM150. 1 – 2 anak : RM200. 3 – 4 anak : RM250. 5 anak ke atas : RM300. |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | AMAUN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024 |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM50 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas (Warga Emas) | RM150 |
CHECK BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3 2024
Ikuti cara check status Bantuan Tunai MySTR fasa tiga (3) di pautan Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi MySTR LHDNM; atau klik pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad] tanpa – (contoh : 870230113456).
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.