SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024 : CHECK SEKARANG

Melihat kepada penerimaan bantuan MyKad yang diterima baik oleh penerima sebelum ini, Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan berjumlah RM100 ke dalam MyKad pada bulan September ini kepada lebih 700,000 ribu nama penerima yang telah disahkan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm100 September? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 3 : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Pengagihan bantuan berjumlah RM100 ke dalam MyKad penerima adalah bermula pada tarikh :

TARIKH AGIHANJUMLAH BANTUAN
1 September 2024 (Ahad)RM100

SENARAI PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Penerima bantuan MyKad pada bulan September adalah merangkumi kategori seperti senarai berikut :

BIL.KATEGORI PENERIMA
1.Isi Rumah Berpasangan / Tunggal
2.Warga Emas Berpasangan / Tunggal
3.Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Hanya penerima yang disahkan boleh menggunakan bantuan MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai terpilih yang berhampiran (rujuk kedai terpilih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli (mengikut barang yang dilabelkan pada rak harga).
  3. Tunjukkan MyKad pada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukan 6-digit PIN MyKad.
  6. Bayaran akan disahkan.

*Nota : Pembelian haruslah tidak melebihi had bantuan dan mengikut jenis barangan yang telah ditetapkan. Sekiranya melebihi had, penerima harus membayar secara tunai.

TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Walaupun bantuan dikreditkan bermula pada 1 September 2024, penerima masih boleh menggunakan bantuan dalam MyKad sehingga pada 31 Disember 2024. Sekiranya bantuan tidak digunakan sehingga tarikh tersebut, bantuan akan luput dengan serta merta.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan MyKad RM100 bulan September seperti berikut :

  1. Sila layar laman rasmi semakan di pautan ini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Pada halaman semakan, sila klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  3. Masukkan nombor MyKad pada ruangan tersebut tanpa – (contoh : 670230115678).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status nama penerima bulan September akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment