CHECK BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Sebagai inisiatif untuk memastikan rakyat terus mendapat bantuan sewajarnya, bukan sahaja bantuan tunai STR sahaja yang disalurkan malah bantuan tunai tambahan juga akan turut diberikan kepada penerima yang benar-benar layak bagi tahun 2024.
Bagaimanakah check bantuan tunai tambahan str September? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER : CHECK SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024
Pembayaran bantuan tunai STR pada bulan September ini merupakan bayaran fasa ketiga (3) yang mana bantuan tambahan juga akan turut dibayar mengikut tarikh seperti berikut :
JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Bantuan STR | Bermula 29 Ogos 2024 hingga 20 September 2024 |
Bantuan Tambahan STR | Bermula 01 September 2024 |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024
Berikut merupakan jumlah bayaran bantuan tunai STR berserta tambahan STR mengikut kategori kelayakan bagi bulan September :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|---|
1. | Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM150 + RM100 = RM250. 1 – 2 anak : RM350 + RM100 = RM450. 3 – 4 anak : RM500 + RM100 = RM600. 5 ke atas : RM650 + RM100 = RM750. |
2. | Warga Emas | RM150 + RM100 = RM250. |
3. | Bujang | RM50 + RM50 = RM100. |
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024
Pembayaran bantuan tunai STR dan tambahan adalah seperti berikut :
- Bayaran Bantuan Tunai STR :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.
- Bayaran Bantuan Tunai Tambahan STR :
- Dikreditkan secara tanpa tunai berdasarkan nombor kad pengenalan yang diaktifkan.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024
Bantuan tunai tambahan STR adalah terhad kepada penerima yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CHECK BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024
Ikuti cara check status bantuan tunai tambahan STR bagi bulan September ini seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan ruangan [No MyKad] dengan nombor kad pengenalan mengikut format seperti contoh : 870230115678.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Seterusnya, klik pula pada butang [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, sila klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Tambahan].
- Status bayaran tambahan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.