APA ITU T15? : SIAPA & PURATA PENDAPATAN DI MALAYSIA
Dalam konteks pendapatan isi rumah di Malaysia, terdapat beberapa kelompok pendapatan iaitu B40, M40, T20 dan yang terbaru kini T15. Ia telah disebut dalam pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Bagaimanakah semak siapa & purata pendapatan t15? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN PLKN 3.0 ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG
APA ITU T15?
Berdasarkan petikan daripada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri telah menyebut berkaitan T15 iaitu golongan yang berpendapatan isi rumah teratas 15 peratus (%) yang akan dapat pengurangan subsidi secara berperingkat.
golongan T15 adalah merupakan isi rumah yang berpendapatan teratas 15 peratus (%) di Malaysia untuk kerajaan mengenalpasti golongan sasaran bagi dasar-dasar ekonomi dan bantuan kewangan seperti bantuan tunai, subsidi, atau program pembangunan ekonomi.
SIAPA ITU T15?
Golongan T15 adalah merupakan kelompok masyarakat yang mempunyai kadar pendapatan isi rumah yang teratas 15 peratus (%) tertinggi dalam konteks pendapatan di Malaysia berdasarkan pendapatan bulanan rakyat mengikut pecahan berikut :
- B40 (Bottom 40%) : Golongan isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia;
- M40 (Middle 40%) : Golongan isi rumah berpendapatan pertengahan di Malaysia;
- T20 (Top 20%) : Golongan isi rumah berpendapatan tertinggi di Malaysia.
*T15 juga termasuk dalam kategori T20 tetapi merujuk lebih spesifik kepada isi rumah yang berada dalam 15% teratas dari segi pendapatan yang lebih tinggi dalam golongan T20 tetapi tidak mewakili keseluruhan T20.
BERAPA PURATA PENDAPATAN T15?
Purata pendapatan sebulan golongan T15 adalah dianggarkan dalam lingkungan RM12,000 atau RM13,000 ke atas atau lebih. Namun jumlah tersebut belum ditentukan lagi dan kemungkinan akan berubah setiap tahun bergantung kepada situasi ekonomi negera.
- Anggaran pendapatan isi rumah T15 bagi setiap negeri :
- W.P Putrajaya : RM21,726 sebulan.
- W.P Kuala Lumpur : RM19,005 sebulan.
- Selangor : RM17,849 sebulan.
- Johor : RM13,387 sebulan.
- Pulau Pinang : RM13,206 sebulan.
- Melaka : RM12,766 sebulan.
- W.P Labuan : RM12,269 sebulan.
- Negeri Sembilan : RM11,125 sebulan.
- Terengganu : RM10,628 sebulan.
- Sarawak : RM10,595 sebulan.
- Sabah : RM9,902 sebulan.
- Perak : RM9,143 sebulan.
- Perlis : RM8,814 sebulan.
- Pahang : RM8,721 sebulan.
- Kedah : RM8,473 sebulan.
- Kelantan : RM7,759 sebulan.
*Jumlah di atas hanyalah anggaran dan akan dikemaskini apabila telah disahkan oleh Perdana Menteri.
BAGAIMANAKAH KRITERIA T15?
Terdapat beberapa kriteria tambahan untuk menentukan isi rumah tersebut adalah golongan T15, antaranya ialah :
- Anggaran Pendapatan Bulanan :
- Pendapatan isi rumah setiap bulan melebihi tahap tertentu.
- Jenis Isi Rumah :
- Saiz dan isi rumah lebih dari satu pencari nafkah yang mempunyai pekerjaan dengan pendapatan tinggi.
- Aset dan Simpanan :
- Mempunyai simpanan dan aset yang signifikan seperti hartanah, pelaburan atau kenderaan berharga.
- Lokasi Geografi :
- Isi rumah yang tinggal di bandar-bandar besar kerana kos sara hidup yang lebih tinggi.
- Perbezaan Sektor :
- Bekerja dalam sektor teknologi, perbankan, minyak dan gas, perubatan, keusahawanan dan sebagainya.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.