B40 BANTUAN 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 MAC 2025
B40 BANTUAN merangkumi dua (2) jenis bantuan utama, iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) serta sebahagian daripada golongan berpendapatan sederhana (M40) dalam mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan yang disalurkan secara langsung kepada individu atau keluarga yang layak, bertujuan untuk meringankan perbelanjaan harian mereka.
Sementara itu, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menyediakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas, memastikan golongan yang memerlukan dapat memperoleh bekalan makanan dan keperluan harian dengan lebih mudah dan berpatutan.
Melalui kedua-dua bantuan ini, kerajaan berusaha meningkatkan kestabilan kewangan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, sekali gus menyokong kesejahteraan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025 : CARA MOHON DAN SYARAT KELAYAKAN
KRITERIA PENERIMA MYKASIH SEMAK 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diberikan khas kepada yang menepati kriteria kelayakan berikut :
SARA MyKasih Penerima e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SARA MyKasih Penerima Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
MYKASIH SEMAK 2025
Ikuti cara semakan status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih seperti berikut :
Panduan Semakan MyKasih Di Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan MyKasih Di Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA MyKasih dibayar kepada setiap kategori :
- Isi Rumah (Tiada had umur):
- Penerima Berstatus Miskin Tegar/Miskin eKasih:
- Jumlah Bantuan: RM2,100
- Kadar Bulanan:
- Januari – Mac: RM100/bulan
- April – Disember: RM200/bulan
- Penerima Selain Miskin Tegar/Miskin eKasih:
- Jumlah Bantuan: RM900
- Kadar Bulanan:
- April – Disember: RM100/bulan
- Penerima Berstatus Miskin Tegar/Miskin eKasih:
- Warga Emas Tiada Pasangan:
- Penerima Berstatus Miskin Tegar/Miskin eKasih:
- Jumlah Bantuan: RM1,650
- Kadar Bulanan:
- Januari – Mac: RM100/bulan
- April – Disember: RM150/bulan
- Penerima Selain Miskin Tegar/Miskin eKasih:
- Jumlah Bantuan: RM450
- Kadar Bulanan:
- April – Disember: RM50/bulan
- Penerima Berstatus Miskin Tegar/Miskin eKasih:
- Bujang (21-59 tahun):
- Jumlah Bantuan: RM600
- Kadar Bulanan:
- Januari – Disember: RM50/bulan
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih adalah dijadualkan pada tarikh seperti berikut :
PENERIMA E-KASIH | PENERIMA BUKAN E-KASIH |
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan B40 BANTUAN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.