BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SEKARANG
Bantuan yang disalurkan melalui Mykad penerima akan diteruskan untuk tahun 2024 dengan diperluaskan pemberian kepada 700,000 penerima berbanding tahun sebelum ini hanya 210,000 sahaja. Kadar bantuan juga telah dinaikkan dengan nilai sebanyak RM1,200 berbanding sebelum ini hanya RM600 sahaja.
Hal ini demikian kerana Kerajaan menyasarkan untuk membantu lebih ramai rakyat sekaligus ingin meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Bagaimanakah semakan status bantuan 1200 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH : CHECK STATUS SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 1200 MYKAD
Pemberian bantuan RM1,200 ke dalam MyKad penerima adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
JADUAL BAYARAN BANTUAN 1200 MYKAD
Penerima akan menerima bayaran bantuan RM1,200 secara ansur selama tempoh 12 bulan iaitu setiap bulan adalah sebanyak RM100 yang dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang layak seperti jadual berikut :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
22 Januari 2024 | RM100 |
01 Februari 2024 | RM100 |
01 Mac 2024 | RM100 |
01 April 2024 | RM100 |
01 Mei 2024 | RM100 |
01 Jun 2024 | RM100 |
01 Julai 2024 | RM100 |
01 Ogos 2024 | RM100 |
01 September 2024 | RM100 |
01 Oktober 2024 | RM100 |
01 November 2024 | RM100 |
01 Disember 2024 | RM100 |
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 1200 MYKAD
Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang diluluskan di kedai-kedai yang terpilih seperti cara berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih, rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Pilih barangan yang ingin dibeli, rujuk label MyKasih dirak tanda harga pada kedai tersebut.
- Tunjuk Mykad anda pada juruwang di kaunter bayaran.
- Juruwang akan membuat pengesahan penerima bantuan.
- Kemudian, juruwang akan mengimbas barangan mengikut 13 kategori yang diluluskan.
- Bayaran adalah dengan menggunakan MyKad, sila masukkan 6 digit nombor PIN.
- Sila simpan resit pembelian untuk rujukan baki.
NOTA : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa sah sehingga 31 Disember 2024.
BANTUAN 1200 MYKAD 2024
Ikuti cara semakan status penerima bantuan RM1,200 dalam MyKad bagi tahun 2024 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Saya mau daftar jadi macam mana mau daftar ekasih
No my kad dan no talipon tidak sepadan