BANTUAN 450 BELI BARANG DAPUR 2024 : SEMAK SEKARANG
Untuk membantu meringankan benanan sara hidup rakyat, pastinya harga barangan dapur tidak semua dapat dikawal. Oleh itu, kerajaan memperuntukan bantuan yang khas untuk rakyat membeli barangan dapur setiap bulan.
Bagaimanakah semak bantuan 450 beli barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK PENERIMA BANTUAN TERKINI MYSARA RM900 : SEMAK SEKARANG
TARIKH PEMBERIAN BANTUAN 450 UNTUK BELI BARANG DAPUR
Pemberian bantuan yang bernilai sehingga RM450 adalah secara ansur berperingkat setiap bulan untuk rakyat membuat pembelian barang dapur adalah pada dua (2) tarikh yang berbeza, iaitu bermula pada setiap 1 hari bulan dan 5 hari bulan.
CARA PEMBERIAN BANTUAN 450 UNTUK BELI BARANG DAPUR
Terdapat dua (2) cara pemberian bantuan untuk beli barang dapur, iaitu melalui cara :
- Diberikan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun e-Dompet :
JUMLAH BANTUAN | TARIKH |
---|---|
RM300 | Setiap 5 – 15 hari bulan |
- Diberikan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan :
JUMLAH BANTUAN | TARIKH |
---|---|
RM100 (Isi Rumah) RM50 (Bujang) | Setiap 1 hari bulan |
SENARAI BARANG DAPUR BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN 450
Berikut merupakan senarai barang dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan yang dikreditkan mengikut akaun yang berbeza :
- Senarai barang dapur dibeli dengan bantuan RM300 melalui e-Dompet :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Senarai barang dapur dibeli dengan bantuan RM150 melalui Kad Pengenalan :
- Beras.
- Roti.
- Telur
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
SEMAK BANTUAN 450 BELI BARANG DAPUR 2024
Ikuti cara semakan penerima Bantuan RM450 untuk beli barang dapur di dua (2) pautan yang berbeza seperti berikut :
- Cara Semakan Bantuan 300 Beli Barang Dapur dengan e-Dompet :
- Sila layari pautan rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk.
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan Bantuan 150 Beli Barang Dapur dengan Kad Pengenalan :
- Sila layari pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS dan SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline Bingkas : 1800 22 6600 dan Talian Hotline Sara : 603 7720 1800.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.