BANTUAN 600 DALAM MYKAD 2024 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG
Hanya segelintir rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa terdapat juga bantuan tunai yang disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan). Namun, ia telah diperkenalkan sejak tahun lalu dan masih diberi peruntukan sepanjang tahun ini kepada hampir 1 juta rakyat yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan status nama penerima bantuan 600 dalam mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH TERBARU RM100 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad penerima adalah sebuah inisiatif yang berkesan kerana dapat memudahkan kerajaan untuk mengenalpasti penerima yang layak serta dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya untuk pembelian tanpa tunai (cashless).
NILAI BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Kerajaan telah menetapkan nilai bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah berbeza mengikut kategori. Bagi bantuan yang bernilai RM600 disalurkan ke dalam MyKad khusus untuk penerima dari kategori bujang yang berpendapatan rendah.
TARIKH KREDIT BANTUAN 600 DALAM MYKAD
Pengkreditan bantuan bernilai RM600 ke dalam Mykad adalah seperti tarikh berikut :
- Januari 2024;
- Februari 2024;
- March 2024;
- April 2024;
- Mei 2024;
- Jun 2024;
- Julai 2024;
- Ogos 2024;
- September 2024;
- Oktober 2024;
- November 2024; dan
- Disember 2024.
*Pengkreditan adalah secara berperingkat setiap 1 hari bulan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 600 DALAM MYKAD 2024
Untuk mengetahui status penerima yang layak menerima bantuan bernilai RM600 dalam Mykad, ikuti semakan status di pautan seperti berikut :
- Sila layari laman semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Pada laman semakan, masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan No.MyKad.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.