BANTUAN 600 MYKAD 2024 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG
Khas untuk individu bujang yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Bantuan yang bernilai RM600 akan disalurkan kepada individu bujang bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah semakan status bantuan 600 mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN MY KASIH : CHECK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 600 MYKAD
Bantuan RM600 MyKad adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN 600 MYKAD
Pengkreditan Bantuan RM600 adalah secara berperingkat dan berbeza setiap negeri penerima seperti tarikh berikut :
ALAMAT PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima dari Semenanjung Malaysia | Bermula 22 Januari 2024 |
Penerima dari Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Bermula 19 Februari 2024 |
KAEDAH PENGKREDITAN
Adalah berbeza kaedah pengkreditan mengikut negeri penerima seperti berikut :
ALAMAT PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima dari Semenanjung Malaysia | Dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara automatik setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai yang terpilih dan pembayaran hanya dengan menggunakan MyKad sahaja. |
Penerima dari Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dikreditkan ke dalam akaun bank atau diberikan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) selama dua kali setahun sama seperti pemberian Bantuan STR. |
KADAR PENGKREDITAN BANTUAN 600 MYKAD
Pengkreditan Bantuan RM600 akan dikreditkan mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :
ALAMAT PENERIMA | KADAR PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima dari Semenanjung Malaysia | Dikreditkan setiap bulan sebanyak RM50 selama tempoh 12 bulan. |
Penerima dari Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dikreditkan dua (2) kali setahun sebanyak RM300 pada bulan Februari dan RM300 pada bulan Ogos. |
BANTUAN 600 MYKAD 2024
Ikuti cara semakan status Mykad penerima Bantuan RM600 di Portal Rasmi seperti berikut :
PAUTAN SEMAKAN STATUS |
---|
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan semakan status di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Mohon bantuan sara tanpa tangungan kelurga
Boleh kah saya mohon bantuan ini cik?
Boleh kah Aku memohon Ini cik?
Mohon bantuan tanpa tangungan keluarga