BANTUAN AWAL PERSEKOLAH 2025 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Hampir 800 juta ringgit (RM) bakal dibelanjakan untuk peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2025 telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini.
Bagaimanakah semak penerima bantuan awal persekolah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 PEMBELIAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAK SEKARANG
BANTUAN AWAL PERSEKOLAH 2025
Dijangka seramai lebih 5.2 juta murid / pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia akan menerima wang tunai daripada Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diagihkan di sekolah masing-masing mengikut kadar yang ditetapkan.
KADAR AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAH
Setiap murid / pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima agihan Bantuan Awal Persekolahan dengan kadar sebanyak RM150 (setiap seorang) secara tunai atau pengkreditan ke dalam akaun bank ibubapa atau penjaga (mengikut sekolah masing-masing).
TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAH
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah masing-masing samaada pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2025 ataupun mana-mana tarikh yang diperkenankan oleh pihak sekolah.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAH
Berikut merupakan kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan :
- Murid warganegara Malaysia;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2024/2025; dan
- Murid bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK).
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- Sekolah Agama.
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
- Sekolah Integriti.
- Sekolah Henry Gurney.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Belanjawan 2025. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.