BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

Persiapan utuk menyambut Ramadhan kali ini pastinya menjadikan segelintir rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam terkesan oleh kerana keperluan persiapan untuk pembukaan sekolah yang bersekali dengan bulan Ramadhan. Oleh itu, Bantuan Awal Ramadhan diperkenalkan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan.

Bagaimanakah semak status bantuan awal ramadhan rm500? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN SARA MYKASIH FASA 3 RM100 : SEMAK STATUS SEKARANG

KAEDAH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500

Pengkreditan Bantuan Awal Ramadhan adalah mengikut kaedah seperti berikut :

KAEDAH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN
Akan dikreditkan secara one-off (sekaligus) sebanyak RM500.

TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500

Pengkreditan Bantuan Awal Ramadhan adalah dijangka seperti tarikh berikut :

TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN
Akan dikreditkan bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan
1 Ramadhan 1445H secara berperingkat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh MAIWP :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab / mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu teksi dan lain-lain lagi; serta
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Awal Ramadhan seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
  1. Sila klik pautan laman web rasmi semakan di atas.
  2. Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
  3. Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
  6. Klik pada butang [Sign in].
  7. Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
  8. Status semasa pemohon akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat pusat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.

1 thought on “BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 2024 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG”

Leave a Comment