BANTUAN B40 RM300 2024 : SEMAKAN NAMA PENERIMA

BANTUAN B40 RM300 2024 : SEMAKAN NAMA PENERIMA

Bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga terutamanya kumpulan B40 yang tidak mengenal erti penat lelah menguruskan hal ehwal keluarga di masa peningkatan ekonomi ini, bantuan tunai bernilai RM300 disalurkan sebagai bantuan untuk menampung kos sara hidup keluarga B40.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan b40 rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 600 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN B40 RM300

Bantuan B40 yang bernilai RM300 adalah merupakan Bantuan Kehidupan Sejahtera yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada ketua keluarga yang merupakan B40 untuk meringankan bebanan yang dihadapi.

BILAKAH PENYALURAN BANTUAN RM300 2024

Penyaluran bantuan bernilai RM300 adalah secara berperingkat setiap bulan selama tempoh 12 bulan. Tarikh penyaluran adalah tertakluk kepada kelulusan permohonan dan mengikut pindaan semasa ke semasa setiap penerima yang berlainan.

BAGAIMANAKAH CARA PENYALURAN BANTUAN B40 RM300

Cara penyaluran bantuan bernilai RM300 kepada penerima adalah melalui pengkreditan mudah alih iaitu aplikasi e-Wallet ‘SELANGKAH’ kerana dapat memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya secara bayaran kod QR tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN B40 RM300

Kelayakan untuk menerima bantuan B40 bernilai RM300 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan ketua keluarga; serta
  • Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM300 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan B40 bernilai RM300 bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon yang telah berdaftar dengan aplikasi e-Wallet.
  4. Masukkan juga kata laluan yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian hotline : 1-800-22-6600

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/pengenalan.

2 thoughts on “BANTUAN B40 RM300 2024 : SEMAKAN NAMA PENERIMA”

Leave a Comment