BANTUAN BARANG DAPUR B40 2025 : SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH

BANTUAN BARANG DAPUR B40 2025 : SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH

Saluran bantuan akan diperbanyakan kepada golongan B40 (rakyat berpendapatan 40% terendah) termasuk Bantuan Barang Dapur dengan kadar peruntukan yang tertinggi melalui pelbagai kaedah penyaluran kepada penerima yang layak.

Bagaimanakah semak kelayakan dan jumlah bantuan barang dapur 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BONUS PENJAWAT AWAM 2025 : SEMAK KELAYAKAN & TARIKH BAYRAN SEKARANG

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR B40 2025

Berikut merupakan senarai Bantuan-bantuan Barang Dapur yang telah dibentangkan dalam Belanjawan dan akan disalurkan bagi tahun 2025 :

  • Barang Keperluan Asas akan diedarkan di kawasan pedalaman dan desa;
  • Memperbanyak Salurkan program kos sara hidup bagi mengawal harga barang keperluan;
  • Peruntukan bagi program Payung Rahmah juga akan dipertingkatkan.

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR B40 2025

Kerajaan telah bersetuju untuk menambah dan meningkatkan jumlah peruntukan kepada golongan B40 seperti berikut :

  • RM250 juta : Barang Keperluan Asas kepada penerima di kawasan pedalaman dan desa;
  • RM700 juta : Bagi program mengawal harga barang;
  • RM300 juta : Peruntukan bagi program Payung Rahmah.

KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR B40

Antara kelayakan penerima Bantuan Barang Dapur bagi tahun 2025 adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah; serta
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

*Nota : Syarat Kelayakan untuk penerima Bantuan Barang Dapur bagi tahun 2025 akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi nanti.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/ub25.pdf.

Leave a Comment