BANTUAN BARANG DAPUR RM100 APRIL 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Persediaan barang dapur amat penting untuk menyambut perayaan Aidilfitri. Justeru, Kerajaan telah menyaluran bantuan barang dapur bernilai RM100 kepada rakyat yang memerlukan. Bantuan ini disalurkan pada awal bulan April sebelum menjelang hari raya Aidilfitri.
Bagaimanakah semakan bantuan barang dapur rm100 april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP TELAH DIBENARKAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR RM100
Berikut merupakan senarai bantuan barangan dapur yang diluluskan untuk pembelian dengan bantuan RM100 :
BIL. | JENIS BARANG DAPUR | JENAMA YANG DILULUSKAN |
---|---|---|
1. | Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya |
2. | Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White |
3. | Telur | Nutriplus / QL eggs / CP |
4. | Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit |
5. | Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey |
6. | Biskut | Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng |
7. | Mi segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap |
8. | Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf |
9. | Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup |
10. | Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta |
TARIKH KREDIT BANTUAN BARANG DAPUR RM100
Pengkreditan bantuan barang dapur pada bulan April adalah seperti berikut :
TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
1 April 2024 (Isnin) | RM100 |
CARA TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR RM100
Penebusan hanya boleh dibuat sekiranya disahkan layak. Penerima yang layak boleh membuat pembelian barang dapur dengan bantuan seperti berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (RUJUK KEDAI BERHAMPIRAN ANDA DI SINI).
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan baki.
BANTUAN BARANG DAPUR RM100 APRIL 2024
Ikuti semakan penerima bantuan barang dapur RM100 pada bulan April di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status nama penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Barang dapur. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.