BANTUAN BARANGAN DAPUR 2025 – SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN BARANGAN DAPUR 2025 – SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Dalam usaha menangani peningkatan kos sara hidup, kerajaan Malaysia telah meneruskan inisiatif Bantuan Barangan Dapur 2025 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kerjasama MyKasih Foundation. Bantuan ini membolehkan penerima untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad, tanpa keperluan untuk wang tunai atau e-wallet.

Program ini memberi manfaat kepada golongan B40, termasuk mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan penerima STR, dengan kadar bantuan bulanan sehingga RM200, bergantung kepada kategori penerima.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2025

Apa Itu Bantuan Barangan Dapur 2025?

Bantuan Barang Dapur atau SARA ini disediakan dalam bentuk kredit bulanan yang dimasukkan ke dalam sistem MyKasih dan boleh digunakan di pasar raya serta kedai runcit terpilih. Tujuannya adalah untuk membantu rakyat dalam membeli keperluan asas seperti beras, minyak, telur, susu, dan sayur-sayuran.

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Untuk melayakkan diri sebagai penerima bantuan barangan dapur 2025, individu mestilah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR 2025 dalam kategori :
    • Isi rumah
    • Warga emas tiada pasangan
    • Bujang
  • Berdaftar dalam eKasih (Miskin Tegar/Miskin) untuk kadar bantuan yang lebih tinggi

Tiada permohonan diperlukan; kelayakan disemak secara automatik berdasarkan data STR dan eKasih.

Jumlah Bantuan Barangan Dapur SARA 2025

Kategori Penerima Jan – MacApr – DisJumlah Tahunan
Isi Rimah (STR & eKasih)RM100/BulanRM200/BulanRM2,100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)RM100/BulanRM150/BulanRM1,650
Bujang (STR & eKasih)RM50/BulanRM50/BulanRM600
Isi Rumah (STR sahaja)RM100/BulanRM900
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)RM50/BulanRM450

Semakan Status Penerima Bantuan Barangan Dapur 2025

Kerajaan telah menyediakan dua saluran utama bagi membolehkan anda menyemak kelayakan untuk menerima bantuan barangan dapur berjumlah RM100-RM200 sebulan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MyKasih.

  • Semakan Melalui Portal Rasmi STR
  • Langkah-langkah semakan :
    • Layari laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Klik menu “Semakan Status”.
    • Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
    • Jawab soalan keselamatan (jika diminta).
    • Klik “Semak”.
    • Status kelayakan akan dipaparkan, sama ada :
      • Lulus (Layak Terima Bantuan SARA / MyKasih)
      • Tidak Lulus / Dalam Proses Kemas Kini
  • Semakan Melalui Portal MyKasih
  • Langkah-langkah semakan :
    • Masuk ke portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    • Pilih menu “Semak Kelayakan”.
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit).
    • Klik butang “Semak”.
    • Keputusan kelayakan akan dipaparkan sekiranya anda tersenarai sebagai penerima bantuan.

Senarai Barangan Yang Dibenarkan (Melalui MyKasih)

Antara barangan asas yang boleh dibeli dengan bantuan termasuk :

  • Makanan Kering dan Keperluan Dapur : Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, mee, bihun, pasta, sos, kicap, rempah, makanan dalam tin (sardin, susu, kacang)
  • Barangan Basah & Segar : Telur, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, ikan dan ayam segar
  • Produk Tenusu & Minuman : Susu pekat / susu tepung bayi, minuman segera (milo, koko, teh, kopi)
  • Barang Penjagaan Diri : Sabun mandi, ubat gigi, syampu, pembalut wanita, pencuci pakaian

Nota : Rokok, makanan segera, minuman ringan, dan barangan mewah tidak dibenarkan.

Senarai Kedai & Pasar Raya Terlibat

Antara pasar raya dan kedai runcit yang terlibat adalah :

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • KK Mart
  • TMG Mart
  • Pasar mini terpilih (bergantung kepada negeri)

Senarai penuh boleh dirujuk di portal MyKasih

Kesimpulan

Bantuan Barangan Dapur 2025 merupakan salah satu bentuk bantuan langsung kerajaan yang paling praktikal, memberikan kredit bulanan yang boleh terus digunakan untuk keperluan asas. Golongan yang layak hanya perlu menggunakan MyKad, tanpa keperluan untuk permohonan tambahan. Semak kelayakan anda hari ini di : https://www.mykasih.com.my/

Info

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat

Leave a Comment