BANTUAN BUDI MADANI RM200 2025 : SEMAKAN STATUS DAN CARA PERMOHONAN
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, lebih 300,000 pemilik kenderaan diesel dan pekebun kecil telah memohon Bantuan BUDI MADANI 2025 sejak ia dibuka kepada orang ramai. Bantuan ini membolehkan penerima layak menerima RM200 sebulan dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan.
Baca Juga : Bantuan STR Fasa 3 2025 (Semakan Status Dan Jadual Bayaran)
Apa Itu Bantuan Budi Madani?
Budi Madani ialah wadah Kerajaan MADANI bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Terdapat 3 kategori penerima iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.
Penerima yang layak akan menerima sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Syarat Kelayakan Bantuan Budi Madani RM200
Berikut merupakan syarat kelayakan Budi Madani Individu dan Agri-Komoditi :
- Budi Individu :
- Khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel si Semenanjung Malaysia.
- Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan kebawah
- Kenderaan kegunaan persendirian (Diesel)
- Berdaftar di JPJ menggunakan no Mykad
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif
- Budi Agri-Komoditi :
- Untuk petani dan Pekebun kecil
- Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Individu atau Pertubuhan perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kemeterian Perladangan & Komoditi.
- Pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan.
Cara Permohonan Bantuan Budi Madani RM200
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi Budi Madani dengan cara berikut :
- Layari Portal Rasmi : https://budimadani.gov.my/
- Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
- Masukkan maklumat pemohon seperti berikut :
- No. Mykad
- No. Telefon Bimbit Nama Bank
- No. Akaun Bank
- Alamat e-mel
- Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut :
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
- Jenama / Model Kenderaan
- Kelas Kegunaan Kenderaan










Semakan Status Permohonan Budi Madani
Panduan lengkap Semakan Status Budi Madani 2025 seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi https://budimadani.gov.my/
- Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik ‘Semakan Status’
- Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.
Tarikh Bayaran Bantuan Budi Madani RM200
Tarikh bayaran BUDI MADANI bagi tahun 2025 adalah seperti berikut :


Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Budi Madani. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.