BANTUAN BUJANG RM600 2024 : MOHON & SEMAK SEKARANG
Menurut rekod, jumlah penerima terkini yang layak menerima Bantuan Bujang adalah seramai lebih 3.4 juta. Namun, jumlah tersebut dijangka akan meningkat seiring dengan permohonan yang bakal dibuka sepanjang tahun untuk rakyat yang berkelayakan.
Bagaimanakah cara mohon & semak bantuan bujang rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN LAPTOP YAYASAN SARAWAK : MOHON & SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
JADUAL PENYALURAN BANTUAN BUJANG RM600
Penyaluran Bantuan Bujang yang bernilai RM600 adalah mengikut jadual seperti di bawah :
BIL. | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
1. | Februari 2025 |
2. | April 2025 |
3. | Ogos 2025 |
4. | November 2025 |
CARA BANTUAN BUJANG RM600 DISALURKAN
Bantuan bernilai RM600 akan disalurkan kepada golongan bujang secara ansur berperingkat selama empat (4) kali dengan cara :
- Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUJANG RM600 2024
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Bantuan Bujang yang bernilai RM600 :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak);
- Berumur 21 tahun hingga 59 tahun;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
CARA MOHON BANTUAN BUJANG RM600
Ikuti cara mohon Bantuan Bujang yang bernilai RM600 seperti berikut :
- Layari pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Pilih status sebagai [Bujang] atau [Balu] atau [Duda / Janda];
- Sekiranya [Balu], muat naik sijil kematian pasangan atau sekiranya [Duda / Janda], muat naik sijil penceraian.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.