BANTUAN BULANAN MyKASIH 2025 (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
Sehingga kini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam inisiatif menangani isu kemiskinan di Malaysia, termasuklah dengan memperkenalkan sistem eKasih bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Baca Juga : CARA SEMAK SAMAN ONLINE (CARA SEMAK DAN BAYAR SAMAN JPJ,PDRM)
APA ITU BANTUAN MyKASIH 2025
BANTUAN BULANAN MyKASIH 2025 (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
MyKasih 2025 merupakan salah satu program bantuan kewangan yang diperkenalkan kerajaan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan miskin dan miskin tegar. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad untuk pembelian barang keperluan asas.
JUMLAH BAYARAN MyKASIH MENGIKUT KELAYAKAN
- PENERIMA SEDIA ADA :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MyKASIH 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 Setiap Bulan Sehingga RM1,200 Setahun |
WARGA EMAS | RM100 Setiap Bulan Sehingga RM1,200 Setahun |
BUJANG | RM50 Setiap Bulan Sehingga RM600 Setahun |
- PENERIMA BAHARU
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MyKASIH 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 Setiap Bulan Sehingga RM900 Setahun |
WARGA EMAS | RM50 Setiap Bulan Sehingga RM450 Setahun |
BUJANG | – |
BAYARAN MyKASIH 2025
Pembayaran bantuan MyKASIH bagi tahun 2025 akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH BAYARAN MyKASIH 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Selama Tempoh 12 Bulan (Januari Sehingga Disember 2025) |
Penerima Baharu | Selama Tempoh 9 Bulan (April Hingga Disember 2025) |
CARA BAYARAN MyKASIH 2025
Terdapat dua cara pembayaran MyKasih, iaitu secara tunai dan tanpa tunai bergantung kepada penerima di setiap negeri :
NEGERI PENERIMA | CARA BAYARAN MyKASIH 2025 |
---|---|
Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Negeri Sembilan Melaka Johor Terengganu Kelantan Pahang Perak Kedah Pulau Pinang Perlis | Dibayar secara tnapa tunai melalui Kad Pengenalan penerima setiap bulan untuk membeli barangan keprluan asas di mana-mana kedai atau pasaraya seluruh Malaysia. |
Sabah Sarawak W.P Labuan | Dibayar secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui akaun bank penerima dua kali setahun dan boleh digunakan untuk pelbagai transaksi |
SEMAKAN MyKASIH 2025
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan myKasih bagi tahun 2025 mengikut semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi myKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
- Selesai.
Jika semakan kelayakan pada pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Maklumat’, sila semak pada pautan di bawah pula :
- Sila layari laman rasmi mySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang .
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran myKASIH (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti dibawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/
- Emel : [email protected]