BANTUAN DALAM MYKAD BELI BARANG DAPUR RM1800 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
Pembelian barang dapur amat digalakkan kerana ia satu keperluan asas yang wajib, namun harga bagi sesetengah barang dapur yang terus menaik dan tidak dapat dibendung menjadikan segelintir rakyat tidak mampu untuk membelinya. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan bantuan khusus untuk rakyat membeli barang dapur melalui MyKad.
Bagaimanakah semak penerima bantuan dalam mykad beli barang dapur rm1800? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN SARA DALAM MYKAD RM50 SEPTEMBER : SEMAK PENERIMA SEKARANG
KADAR BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Kerajaan akan memberikan Bantuan ke dalam MyKad mengikut kelayakan penerima untuk membeli barang dapur :
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 setahun |
Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM1,200 setahun |
- Kategori Berkahwin :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Berpasangan ada atau tiada anak | RM1,200 setahun |
Tunggal ada anak | RM1,200 setahun |
SENARAI BARANG DAPUR BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Berikut merupakan senarai barangan dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan dalam MyKad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
CARA MEMBELI BARANG DAPUR DENGAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024
Hanya penerima yang sah boleh membeli barang dapur dengan menggunakan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya berhampiran yang terpilih;
- Kemudian, pilih barang dapur yang ingin dibeli;
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan;
- Juruwang akan mengimbas setiap barang dapur yang dipilih;
- Seterusnya, masukkan 6-digit nombor PIN MyKad untuk pengesahan bayaran;
- Sekiranya baki mengcukupi, transaksi pembelian akan disahkan.
HAD PENGGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Baki elaun bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
SEMAK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD BELI BARANG DAPUR RM1800 2024
Semakan pengesahan penerima Bantuan dalam MyKad untuk beli barang dapur hanya boleh dibuat pada pautan rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Bantuan Dalam MyKad | https://mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi di atas.
- Paparan skrin akan dibuka pada bahagian utama portal.
- Klik pada [SEMAK STATUS] untuk ke bahagian semakan.
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Isikan ruangan tersebut mengikut format (contoh : 670230115678).
- Kemudian, klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Says nak bertanya adakah saya layak menerima bantuan Rm1800. Dari Mykad saya. Saya dari kuching Sarawak.