BANTUAN DALAM MYKAD RM100 JUN 2024 : SEMAK SEKARANG

BANTUAN DALAM MYKAD RM100 JUN 2024 : SEMAK SEKARANG

Kaedah pengkreditkan tanpa tunai ke dalam MyKad adalah satu inisiatif yang selamat kerana ia hanya boleh digunakan oleh pemilik MyKad sahaja. Bagi bulan Jun ini, bantuan akan dikreditkan sebanyak RM100 ke dalam Mykad lebih 0.7 juta penerima.

Bagaimanakah semakan bantuan dalam mykad rm100 bulan Jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 MYKASIH JUN : CHECK SEKARANG

BILAKAH TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD RM100 JUN

Pengkreditan bantuan dalam Mykad bernilai RM100 pada bulan Jun adalah seperti tarikh berikut :

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD
Bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu)

DIMANAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 2024

Apabila telah disahkan layak, penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di 600 kedai terpilih dan antaranya ialah :

  1. Mydin;
  2. Giant;
  3. Econsave;
  4. The Store;
  5. Pacific;
  6. Milimewa;
  7. 99 Speedmart;
  8. Lotus Stores (Tesco);
  9. Lulu Supermarket;
  10. Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

BAGAIMANAKAH SISTEM KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD JUN 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan nombor MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun sebanyak RM100 pada bulan Jun ini melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 JUN 2024

Ikuti cara semakan bantuan dalam Mykad penerima seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Pada laman semakan tersebut, masukkan nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan.
  3. Kemudian, klik pada butang [Semakan] di bawah.
  4. Masukkan nombor captcha yang dinyatakan dengan betul.
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment