BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Masuk kepada bulan terbaru, pastinya bantuan bernilai RM100 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad (kad pengenalan) rakyat yang berkelayakan. Oleh kerana bantuan ini dikreditkan setiap bulan sejak pada bulan Januari 2024.

Bagaimanakah semak kelayakan bantuan dalam mykad terbaru rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM450 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU 2024

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan jadual bayaran bantuan ke dalam MyKad penerima yang terbaru seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
1.01/08/2024RM100
2.01/09/2024RM100
3.01/10/2024RM100
4.01/11/2024RM100
5.01/12/2024RM100

PREMIS YANG MENERIMA PENGGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024

Penerima boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk pembelian di lebih 600 premis rakan runcit di seluruh Malaysia termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024

Bantuan yang bernilai RM100 setiap bulan adalah terhad kepada yang berkelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat atau menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

*Nota : Bagaimanapun, untuk mengetahui kelayakan boleh disemak melalui laman sesawang berikut.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semak kelayakan bantuan dalam MyKad yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan kelayakan di pautan ini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Pada halaman semakan, sila masukkan nombor MyKad* pada ruangan yang disediakan.
  3. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  4. Status penerima yang terbaru akan dipaparkan.
  5. Klik pada butang [Kembali] untuk ke halaman utama.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment