BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM150 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengangkat taraf kewangan dan ekonomi rakyat yang kurang mampu adalah dengan menyalurkan bantuan setiap bulan. Bantuan yang disalurkan ini adalah merupakan hasil daripada penjimatan subsidi yang disasarkan semula sepanjang tahun.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam mykad terbaru rm150 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM50 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS SEKARANG
KADAR PERUNTUKAN BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU 2024
Bagi tahun ini, kadar peruntukan telah meningkat sehingga lima (5) kali ganda berbanding tahun sebelum ini. Ia adalah kerana pertambahan bilangan penerima yang terbaru merangkumi tiga kategori iaitu bujang, isi rumah dan juga warga emas.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU 2024
Berikut merupakan perbandingan jumlah penerima bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad terbaru :
JENIS PENERIMA | JUMLAH |
---|---|
Penerima lama | 210,000 ribu penerima |
Penerima baru | 700,000 ribu penerima |
AMAUN BANTUAN DISALURKAN KE DALAM MYKAD TERBARU SETIAP BULAN 2024
Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah mengikut amaun yang terbaru setiap kategori penerima iaitu isi rumah akan menerima RM100 setiap bulan, bujang pula akan menerima RM50 sahaja dan warga emas akan menerima RM100 setiap bulan.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN 2024
Apabila bantuan telah diterima dalam MyKad, penerima boleh terus menggunakannya untuk pembelian barang keperluan mengikut cara seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih berhampiran;
- Pilih barangan keperluan yang ingin beli (mengikut tanda di rak harga);
- Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk pengesahan;
- Masukkan 6-digit nombor PIN MyKad;
- Transaksi akan disahkan dan resit akan diberikan.
*Nota : Hanya penerima yang disahkan layak sahaja dan perlu membeli mengikut amaun serta barangan yang telah ditetapkan.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM150 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan penerima bantuan dalam MyKad yang terbaru seperti berikut :
- Sila layari laman sesawang ‘Semakan’ di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Pada laman tersebut, klik pada ruangan ‘Nombor MyKad*’.
- Masukkan Nombor MyKad* mengikut format (tanpa -).
- Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hubungi Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900; atau
- E-melkan ke : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.