BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Nilai bantuan yang terbaru adalah sebanyak RM300 setiap bulan disalurkan untuk rakyat daripada golongan yang berpendapatan rendah dan serdehana dengan harapan ia cukup untuk memenuhi keperluan seisi keluarga setiap bulan.

Bagaimanakah semak kelayakan bantuan dalam mykad terbaru rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN SARA MYKASIH RM150 OGOS : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024

Bantuan yang terbaru disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan adalah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Namun, ia adalah kesinambungan kepada bantuan yang telah diberikan dan diteruskan semula untuk membantu lebih ramai rakyat.

TUJUAN BANTUAN TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan adalah bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas seisi keluarga termasuk barangan dapur, barangan persekolahan, ubat-ubatan dan sebagainya.

CARA BAYARAN BANTUAN TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024

Pembayaran bantuan RM300 setiap bulan yang terbaru adalah melalui pengkreditkan ke dalam aplikasi ‘Selangkah’ di telefon bimbit penerima. Namun, bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah sebagai tambahan sebanyak RM100 sahaja setiap bulan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024

Bantuan yang terbaru dibayar kepada penerima sebanyak RM300 setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu bermula 5 hingga 15 hari bulan setiap bulan (mengikut kelulusan) namun bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah bermula pada 1 hari bulan setiap bulan.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan kelayakan bantuan yang terbaru RM300 setiap bulan seperti berikut :

  • Cara Semak Kelayakan Penerima Bantuan RM300 setiap bulan :
  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk#.
  2. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  3. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Cara Semak Kelayakan Penerima Bantuan RM100 setiap bulan :
  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan nombor MyKad* tanpa (-) contoh : 561101114572.
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment